mutakhir

Keadaan semakin tenang

Oleh Ridhatul Rizki

“KEADAAN semakin tenang. Saya dah tak dengar bunyi helikopter dan siren polis. Tapi biasanya kawasan ini bising. Hari ini agak sunyi.”

Itu kata penuntut Malaysia di London, Siti Farhana Sheikh Yahya, 24, mengenai keadaan di sekitar London Bridge setelah 12 jam berlaku serangan yang meragut nyawa tujuh orang, hari ini.

Siti Farhana berkata, ketika kejadian, dia terdengar bunyi bising termasuk bunyi helikopter dan siren polis di luar rumahnya.

“Rumah saya betul-betul dekat dengan London Bridge, jadi saya boleh dengar dan nampak semua yang berlaku.

“Malah di lorong belakang rumah saya dipasang tanda kawasan larangan polis dan saya ternampak polis menahan seseorang di situ,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Terdahulu, tujuh terbunuh dalam kejadian sekumpulan lelaki merempuh orang ramai dengan van di London Bridge sebelum menikam orang ramai di jalan raya dan dalam bar.

Tiga penyerang mati ditembak polis, termasuk dua mati ditembak oleh penembak tepat polis di luar sebuah bar di kawasan Borough Market.

Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terbabit dalam kejadian itu.

Berita berkaitan

'Van menggila' atas London Bridge

Saksi nampak orang kena tikam

Tujuh maut, tiga penyerang mati ditembak

Penyerang pakai jaket bom palsu

Tiada rakyat Malaysia jadi mangsa

Kejutan ketika hendak bertarawih

Disiarkan pada: June 4, 2017 @ 10:08pm
d