mutakhir

Pemandu maut traktor terbabas

Slim River: Seorang pemandu traktor warga Indonesia maut apabila kenderaan berat dipandunya terbabas di ladang sawit FELDA Gunung Besout Satu, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, mangsa Mahyun, 50, dipercayai memandu traktor untuk mengutip sawit.

Ketua Polis Daerah Muallim Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan mendapati mangsa memandu traktor melalui kawasan curam sebelum secara tiba-tiba kenderaan berat itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas di sebelah kiri jalan lalu tercampak ke dalam parit.

“Mangsa ditemui penyelia ladang dalam keadaan tersepit pada tayar belakang sebelah kiri dan disahkan maut di tempat kejadian.

“Penyelia ladang bersama beberapa pekerja mengeluarkan mangsa yang tersepit dan mayatnya dihantar ke Hospital Slim River untuk dibedah siasat,” katanya.

Disiarkan pada: June 6, 2017 @ 3:57am
d