mutakhir

Alhamdulillah, dapat pulang sebelum raya

Oleh Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Selepas berjaya dalam pembedahan, kanak-kanak penghidap Budd Chiari Syndrome, Muhammad Habib Rayyan Rosli, 5, dijangka tiba di tanah air Khamis ini.

Dia yang dirawat di Hospital Universiti Renji Shanghai, China, sejak hujung Februari lalu, kini semakin sihat dan tidak sabar untuk pulang berjumpa kakaknya di Selama, Kedah.

Bapanya Rosli Mohd Noh berkata, anaknya yang menerima hati isterinya dalam pembedahan 11 Mei lalu, kini beransur pulih dan mereka sekeluarga amat bersyukur dengan perkembangan positif itu.

"Alhamdulillah, kedua-dua mereka OK. Habib dipantau doktor setiap dua hari dan jika semuanya berjalan lancar, kami akan pulang ke Malaysia Khamis ini," katanya kepada Harian Metro.

Kisah Habib dilaporkan di Harian Metro sejak 14 April 2014 apabila ibunya, Azlina Ahmad sanggup berkorban mendermakan hati memandangkan keadaannya yang kronik.

Disiarkan pada: June 6, 2017 @ 12:23pm
d