mutakhir

Berjalan, berlari atau menari

Oleh Hazril Md Nor

SYARIKAT insurans, AmMetLife akan menganjurkan kembali Electric Run RECHARGED 2017 dengan peserta berpeluang berjalan, berlari atau menari di Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya pada 29 Julai depan.

Electric Run akan menyaksikan peserta melalui sembilan zon berbeza sepanjang laluan lima kilometer yang setiap satu mempunyai genre muzik berlainan - garisan permulaan, hip-hop, EDM, Sugarrush, Polyphonics, Stardust, Disco, Rainbow Road dan garisan penamat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan The Livescape Group, Muhammad Iqbal berkata, konsep RECHARGED diperkenalkan itu memberi peluang kepada peserta melakukan aktiviti menarik diiringi alunan muzik dan lampu neon hingga ke garisan penamat.

“Larian pada waktu malam itu juga tidak mempunyai had masa,” katanya di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, Electric Run juga terbuka kepada semua sama ada peminat larian, maraton atau mereka yang mahu menikmati hiburan bersama keluarga dan rakan.

"Kami berbangga melihat Electric Run menjana populariti sepanjang tiga tahun ini. Kelainan pada tahun ini ialah penampilan artis Hip Hop Silento membuat persembahan pada akhir acara," katanya.

Disiarkan pada: June 6, 2017 @ 4:18pm
d