mutakhir

Bomba bersihkan raksa

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

PASUKAN bomba dan penyelamat terpaksa dihubungi selepas raksa dalam alat tekanan darah di sebuah bilik hemodialisis sebuah hospital pakar di Jalan Stutong, Kuching di sini, tumpah jam 10.35 pagi hari ini.

Kejadian disedari jururawat sebelum pengurusan hospital menghubungi bomba untuk tindakan selanjutnya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.40 pagi sebelum mengerah anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya ke lokasi.

Menurutnya, anggota bomba dari Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) kemudiannya membersihkan sisa raksa berkenaan.

“Raksa yang tumpah dibungkus dalam plastik khas sebelum diserahkan kepada pengurusan hospital untuk dilupuskan.

“Pemeriksaan lanjut di lokasi mengesahkan tiada jururawat atau pesakit yang terkena tumpahan berkenaan dan operasi tamat sepenuhnya jam 11.50 pagi,” katanya.

Disiarkan pada: June 6, 2017 @ 9:03pm
d