mutakhir

Lancar Fasa 2 MRT 17 Julai ini [METROTV]

Oleh Mohd Husni Mohd Noor

TARIKH 17 Julai 2017 (17.7.17) dipilih sebagai hari pelancaran operasi Fasa 2 Transit Aliran Massa (MRT) membabitkan laluan Semantan- Kajang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, pelancaran operasi Fasa 2 MRT itu akan melengkapkan jajaran Sungai Buloh-Kajang sepanjang 51 kilometer (km).

"Menerusi kedua-dua fasa itu, kerajaan menjangkakan perkhidmatan itu akan dapat memberi manfaat kepada lebih 500,000 penumpang sehari," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Rancangan Fizikal Negara Ke-3 (RFN KE-3), Dasar Perbandaran Negeri Ke-2 (DPN Ke-2) dan Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara(DPF Desa Negara) di Putrajaya, hari ini.

Fasa 2 MRT membabitkan laluan Semantan-Kajang menghubungkannya dengan laluan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya, Sri Petaling, Ampang dan Monorel.

Disiarkan pada: June 8, 2017 @ 3:15pm
d