mutakhir

Bukan pengerusi baharu

Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri

Media Prima Berhad (MPB) menjelaskan bahawa Tan Sri Ismee Ismail adalah Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Media Prima, dan bukanlah pengerusi baharu kumpulan sebagaimana yang dilaporkan media, semalam.

Beliau dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Media Prima, sejak 1 Jun 2017.

MPB dalam kenyataan berkata, pengerusi kumpulan ketika ini iaitu Datuk Seri FD Iskandar, telah menyuarakan hasrat kepada lembaga pengarah kumpulan untuk meletak jawatan agar dapat memberi tumpuan kepada tanggungjawab perniagaan lain dan persatuan-persatuan beliau.

“€œPelantikan bagi pengganti Datuk Seri FD Iskandar akan dibuat ketika Mesyuarat Lembaga Pengarah Media Prima yang akan datang.

“€œPelantikan baharu itu akan diumumkan oleh kumpulan kepada pihak berkuasa selepas kelulusan lembaga pengarah mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan,” katanya

Disiarkan pada: June 8, 2017 @ 3:57pm
d