mutakhir

Empat 'ulat' tiket didenda RM5,000

Shah Alam: Empat ‘ulat’ tiket termasuk tiga wanita didenda RM5,000 oleh dua Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan menawarkan perkhidmatan penjualan tiket bas ekspres atau bas tambahan di Terminal Bas Sementara Seksyen 13, kelmarin.

Tertuduh iaitu lelaki warga Kemboja, Yeb Mael, 25, wanita Vietnam Zabidah Yaakub, 33, wanita Indonesia Widayati, 36, dan warga tempatan Siti Rohza’ Aiena Kamarozaman, 36, masing-masing mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Bagi pertuduhan ke atas Yeb, Zabidah dan Widayati, mereka didakwa memujuk untuk menawarkan perkhidmatan berkaitan menerima upah di satu tempat awam, jam 1 tengah hari di terminal bas itu.

Siti Rohza’Aiena pula didakwa bersubahat dengan Widayati untuk melakukan kesalahan itu di lokasi, masa dan hari sama.

Disiarkan pada: June 9, 2017 @ 5:52am
d