mutakhir

32 penuntut lanjut reman, 4 dibebas

Oleh Siti A'isyah Sukaimi

TEMPOH reman terhadap 32 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)  berhubung kes kematian Zulfarhan Osman Zulkarnain dilanjutkan lima hari bermula esok.

Bagaimanapun, empat penuntut Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)  dibebaskan dengan jaminan polis.

Perintah lanjutan reman itu dikeluarkan Majistret Sharifah Muhaymin Abd Khalib di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang hari ini.

Berikutan itu, tempoh reman penuntut UPNM terbabit akan tamat pada 14 Jun.

Pada 2 Jun lalu, 36 orang direman bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

Allahyarham Zulfarhan Osman, pegawai kadet laut tahun tiga, meninggal dunia di Hospital Serdang pada 10 malam, 1 Jun lalu, selepas dibawa beberapa rakannya untuk rawatan akibat kecederaan pada badannya.

Mangsa yang memiliki kesan melecur akibat ditekap dengan seterika wap di dada, tangan dan kakinya, dipercayai didera.

Disiarkan pada: June 9, 2017 @ 11:48am
d