mutakhir

Gempa bumi lemah di Sandakan

Oleh Hazsyah Abdul Rahman

TIADA laporan kerosakan harta benda dan bangunan di Sandakan, Sabah, akibat gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 yang melanda daerah berkenaan tengah malam tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan, Leftenan Ahmad Roslan Mohd Kamel, berkata pihaknya membuat pemantauan di pusat bandar Sandakan serta kawasan berdekatan kira-kira jam 3.30 pagi, hari ini.

“Hasil rondaan dan pemeriksaan fizikal termasuk terhadap bangunan tinggi didapati tiada kerosakan

“Pihak kami juga tidak menerima sebarang panggilan kecemasan daripada orang awam," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut kenyataan laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi bermagnitud 3.3 berlaku di Sandakan pada 12:26 tengah malam.

Pusat gempa bumi terletak 267 kilometer dari Barat Laut Tarakan, Indonesia, 25 kilometer barat daya dari Beluran, Sabah.

Pada jam 7.23 pagi ini, satu lagi gempa turut dilaporkan berlaku di Kepulauan Mariana, 3,346 kilometer ke timur laut Kinabatangan dengan kekuatan 5.2 skala Ritcher.

Disiarkan pada: June 9, 2017 @ 12:21pm
d