mutakhir

Maut terbabas ke laluan bertentangan

Oleh Noor Hidayah Tanzizi

SEORANG lelaki maut selepas Modenas Kriss ditunggangnya merempuh Toyota Hilux di Batu 4, Segari, Manjung, hari ini.

Dalam kejadian 10.50 pagi itu, mangsa, C Chellaiayah, 41, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, siasatan awal mendapati mangsa dari arah Sitiawan ke Pantai Remis dipercayai memasuki laluan bertentangan.

Katanya, disebabkan jarak terlalu dekat menyebabkan kenderaan pacuan empat roda itu gagal mengelak dan berlaku pertembungan.

Menurutnya, pertembungan itu menyebabkan mangsa tercampak ke jalan dan parah di kepala.

“Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Disiarkan pada: June 9, 2017 @ 5:06pm
d