mutakhir

Dua anggota polis cedera

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad

DUA anggota polis peronda (MPV) cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan bas ekspres di Kilometer 171.2, Lebuhraya PLUS, arah selatan dekat Serdang, Kulim kira-kira 5.45 petang, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Nur Hafizah Mohammad Lukman berkata, sejurus menerima panggilan jam 5.50 petang, sepasukan enam pegawai dan anggota digerakkan ke lokasi untuk operasi menyelamat.

Beliau berkata, sejurus tiba pasukan diketuai Komander Operasi Syed Kamarul Hisham Syed Yahya mendapati kemalangan membabitkan bas persiaran dengan kereta peronda polis.

"Ada dua anggota polis tersepit di dalam kereta peronda, manakala pemandu dan penumpang bas tidak mengalami kecederaan.

"Kedua-dua mangsa dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat dan diberi rawatan awal.

"Seorang mangsa cedera di bahagian pinggang manakala seorang cedera di tangan dan mereka kemudiannya dihantar ke Hospital Parit Buntar, Perak menggunakan jentera Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS).

Disiarkan pada: June 9, 2017 @ 9:20pm
d