mutakhir

Pegawai polis tangkap pegawai SPRM

Oleh Hadzlihady Hassan

PEGAWAI Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, ditahan kerana memeras ugut dan meminta wang daripada pegawai polis, semalam.

Lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di Machang Bubok, Bukit Mertajam pada 10 malam.

Menurut sumber, suspek dikatakan sudah dua tahun melakukan kegiatan itu dengan meminta wang daripada pegawai polis yang kononnya untuk melindungi aktivi pusat perjudian.

"Dalam serbuan itu, polis turut merampas wang kira-kira RM3, 000 daripadanya.

"Suspek akan direman bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan," katanya.

Disiarkan pada: June 10, 2017 @ 12:40am
d