mutakhir

Op Gelora cekup 35 PATI

Oleh Mohd Sabran Md Sani

PASUKAN Polis Marin (PPM) Muar menahan seramai 38 individu termasuk pendatang asing tanpa izin (PATI), tekong dan awak-awak dalam Op Gelora di kedudukan Kuala Sungai Batu Pahat pagi ini.

Komander PPM Wilayah 2, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata semua PATI ditahan ketika menaiki bot 'barter trade' KM Sri Wijaya kira-kira jam 5.30 pagi tadi.

"Seramai 35 PATI termasuk 29 lelaki dan enam perempuan warga Indonesia ditahan bersama seorang tekong dan dua awak-awak.

"Ketika ditahan bot perdagangan tukar barang itu ke arah negara Indonesia," katanya dalam kenayataan di Johor sebentar tadi.

Katanya semua PATI berusia 20 hingga 45 tahun di tahan di bawah Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen, masuk dan keluar melalui jalan tidak diwartakan dan tinggal melebihi tempoh dibenarkan.

"Tiga daripada orang disyaki sebagai tekong akan disiasat di bawah Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM).

"Nilai rampasan bot bernilai RM120,000 dan dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Disiarkan pada: June 10, 2017 @ 1:33pm
d