mutakhir

Naik taraf Internet 6,700 sekolah

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

KEMENTERIAN Pendidikan mensasarkan 6,700 sekolah di seluruh negara dinaik taraf pencapaian Internet menjadi lapan ke 10 megabait sesaat menjelang tahun depan terutama sekolah di luar bandar.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, kementerian sudahmemberi satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi Program 1BestariNet supaya pencapaianjalur lebar dapat dipertingkatkan terutama di sekolah luar bandar.

Menurutnya, bagi sekolah yang berada pada tahap empat megabait sesaat akan dinaik taraf menjadi lapan hingga 10 megabait sesaat.

"Bagi sekolah yang belum boleh mencapai ke tahap itu, sekurang-kurangnya ia dipertingkatkan kepada 4G bagimeningkatkan pengetahuan pelajar sekolah dari segi penggunaan ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) dan perlahan-lahan beransur kepada dunia digital.

"Hari ini boleh dikatakan semua agensi termasuk swasta sudah menggunakan sistem dalam talian dan kita nak (hendak) anak-anak di sekolah walaupun di luar bandar sedar bahawa sistem dalam talian ini satu keperluan kini," katanya kepada pemberita selepas Program Tadarus Perdana Parlimen Padang Terap di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Padang Terap di Padang Kerasak, di sini, hari ini.

Mahdzir berkata, sehubungan itu, kementerian akan cuba menyelesaikan tahun depan dalam menaik taraf pencapaian Internet dari yang lama ke lapan hingga 10 megabait sesaat.

"Saya turut mengakui masih ada sekolah di Sabah, Sarawak dan semenanjung menggunakan VSAT (Very Small Aperture Terminal) di mana mendapat capaian internet lemah sehingga menyukarkan proses pembelajaran.

“Ini juga mesti dinaik taraf dengan pelbagai cara bagi memboleh semua sekolah dapat menggunakan Internet," katanya.

Beliau berkata, peruntukan menaik taraf ini menggunakan peruntukan sedia ada di bawah kontrak 1BestariNet.

Disiarkan pada: June 10, 2017 @ 2:38pm
d