mutakhir

[UPDATE] Siasatan di peringkat akhir [METROTV]

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan dan Farah Suhaidah Othman

KERTAS siasatan berhubung kematian Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain yang dipercayai didera rakan dengan seterika wap berada di peringkat akhir dan akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya sudah mengenal pasti punca kejadian itu namun enggan mendedahkan lanjut berikutan siasatan masih dijalankan.

“Saya tidak mahu mendedahkan motif penderaan itu kerana mahkamah yang akan menentukannya tetapi tentunya polis mengetahui sebab di sebalik kejadian itu.

“Siasatan akan dilengkapkan dan akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Singgah Sahur Nur Ramadan di Balai Polis Pekan Baru, hari ini.

Zulfarhan, 21, penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) meninggal dunia pada 1 Jun lalu, selepas dipercayai didera rakan dengan seterika wap, selain terdapat kesan melecur di bahagian dada, tangan dan kakinya.

Berita berkaitan

32 penuntut lanjut reman, 4 dibebas

Tiada siapa akan dilindungi

Cari bomoh yang petik nama arwah

Kejam, hilang sudah perikemanusiaan [METROTV]

Damailah di sana Zulfarhan

Baju raya Allahyarham dah siap

[UPDATE] 36 penuntut direman

Penuntut UPNM mati didera

Disiarkan pada: June 11, 2017 @ 8:23am
d