mutakhir

Amukan ribut waktu sahur

Oleh Zulfa Mohamad

LEBIH 20 rumah di beberapa kampung di Penaga, Kepala Batas rosak dilanda ribut, 5 pagi, hari ini.

Antara kampung terbabit ialah Pasir Gebu, Kota Aur, Permatang Janggus, Permatang Tok Brain dan Taman Penaga.

Kebanyakan rumah mengalami kerosakan di bahagian bumbung.

Penduduk, Halizah Chik, 70, berkata, dia baru bangun untuk bersahur sebelum kedengaran angin bertiup kencang.

"Tiba-tiba siling jatuh atas saya menyebabkan saya mengejutkan suami untuk menyelamatkan diri.

"Ia bukan ribut biasa tapi puting beliung dan seingat saya pertama kali melanda kampung ini," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga Datuk Mohd Zain Ahmad serta pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat melawat mangsa.

Disiarkan pada: June 12, 2017 @ 8:55am
d