mutakhir

Suspek rogol mangsa mabuk ditahan

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

PEMANDU Grab Car ditahan selepas dipercayai merogol wanita berhampiran rumah mangsa di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Serdang, kira-kira 4 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia 29 tahun yang memaklumkan dirogol suspek berusia 30 tahun ketika menggunakan perkhidmatan itu dari Petaling Jaya untuk pulang ke rumah.

"Dalam perjalanan itu, suspek dikatakan memberhentikan kereta dipandunya di lokasi kejadian sebelum merogol mangsa.

"Mangsa yang mabuk ketika itu menyedari perbuatan suspek, namun tidak melawan dan dihantar pulang ke rumahnya. Wanita itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan kira-kira 3 petang, semalam," katanya.

Megat berkata, berdasarkan laporan itu, pihaknya menahan suspek berkenaan di Sungai Buloh kira-kira 10 malam tadi.

"Kami turut merampas pakaian digunakan suspek ketika kejadian dan kereta miliknya untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaaan kerana merogol," katanya.

Disiarkan pada: June 12, 2017 @ 11:14am
d