mutakhir

Rampas mercun, bunga api bernilai RM6,000

Oleh Mohamad Fahd Rahmat

PELBAGAI jenis mercun dan bunga api dianggarkan bernilai RM6,000 dirampas manakala peniaga berusia 43 tahun ditahan polis dalam serbuan di Bazar Ramadan Bandar Kluang, 11.15 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, suspek didapati menjual barangan berkenaan secara terbuka dan menyalahi undang-undang.

Beliau berkata, suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

"Jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

"Polis menasihatkan orang awam supaya tidak menjual mercun tanpa lesen. Mercun yang dibenarkan hanya bunga api dan pop-pop," katanya ketika dihubungi hari ini.

Disiarkan pada: June 12, 2017 @ 3:45pm
d