mutakhir

386 premis mesin judi diserbu

Oleh Mohd Sabran Md Sani

POLIS menahan seramai 2,348 individu membabitkan warga tempatan dan asing menerusi serbuan mesin perjudian bermula awal tahun hingga semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, sepanjang tempoh serbuan itu, 386 premis berkenaan didapati tidak memiliki lesen.

"Seramai 1,935 pemain ditangkap termasuk warga asing Indonesia, India, Nepal, Thailand, Vietnam, Myanmar dan Singapura.

"Turut dirampas 316 tab, 2,835 komputer, 4,032 komputer riba, selain wang tunai berjumlah RM159,995," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, pihaknya juga melaksanakan serbuan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu 13 serbuan di Kluang dan satu di Johor Bahru Selatan (JBS).

"Sehingga kini, tindakan operasi secara agresif dijalankan pihak polis menampakkan hasil apabila judi atas talian berkurangan dengan drastik.

"Namun demikian masih ada lagi yang cuba menjalankan secara curi-curi seperti pada lewat malam," katanya.

Disiarkan pada: June 12, 2017 @ 6:54pm
d