mutakhir

Anggota EMRS bomba meninggal akibat demam denggi

Rawang: Selepas lima hari terlantar di hospital anggota Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) Bomba dan Penyelamat Rawang, Ahmad Faizal Baharun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh akibat demam denggi, malam kelmarin.

Difahamkan arwah sebelum ini mengalami demam panas sebelum mendapatkan rawatan pada Rabu lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang, Halim Abu Hassan berkata, dia hanya mengetahui keadaan arwah yang mengalami demam denggi selepas anggotanya itu ditahan di wad hospital.

“Rakan setugasnya memaklumkan Ahmad Faizal terpaksa melanjutkan cuti sakit berikutan tidak sembuh dari penyakit dialaminya itu,” katanya.

Menurutnya, dia turut terkejut dengan berita pemergian anggotanya itu.

“Kami mendapat maklumat arwah menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.55 malam (kelmarin) dan jenazah dibawa pulang ke kampung halamannya di Kedah malam yang sama,” katanya.

Disiarkan pada: June 13, 2017 @ 6:59am
d