mutakhir

Pemandu Uber didakwa mencabul wanita Vietnam

Oleh Hadzlihady Hassan

PEMANDU Uber dihadapkan ke Mahkamah Majistret Georgetown, hari ini, kerana dituduh mencabul wanita warga Vietnam, Selasa lalu.

Tertuduh, Muhammad Sukri Ramli, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Catherine Nicholas.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Sukri didakwa menggunakan kekerasan terhadap Tran Thi Thu Thuan, 43, dengan maksud untuk mencabul dari Lintang Paya Terubong ke Jalan Argyll di sini, jam 3.56 petang, 6 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu dibenarkan ikat jamin RM6, 000 dengan seorang penjamin.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzah Sharuddin dan mahkamah menetapkan 18 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula.

Disiarkan pada: June 13, 2017 @ 3:56pm
d