mutakhir

TNB putus bekalan elektrik 59 premis judi

Oleh Ibrahim Isa

SEBANYAK 59 premis perjudian atas talian di negeri ini dipotong bekalan elektrik menerusi Ops Potong Bekalan Elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Polis Johor, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, polis membuat permohonan memotong bekalan elektrik kepada TNB dan operasi bersepadu dijalankan membabitkan 13 pegawai, 29 anggota dan 26 kakitangan TNB.

Menurutnya, polis memohon memotong bekalan elektrik 146 premis yang dikenal pasti menjalankan perjudian atas talian.

"Bermula Januari hingga hari ini, hanya 13 premis dipotong bekalan elektrik.

"Bagaimanapun, dalam operasi bersepadu membabitkan 10 daerah hari ini, sebanyak 46 premis dipotong bekalan elektrik.

"Sebanyak 16 premis di Batu Pahat, Seri Alam (10); Iskandar Puteri, Muar dan Kluang (enam)," katanya.

Menurutnya, selain itu Segamat (lima); Kota Tinggi dan Kulai (tiga) dan Johor Bahru Selatan (satu).

Katanya, baki bekalan elektrik 87 premis di 13 daerah akan dipotong dalam tempoh terdekat.

Disiarkan pada: June 13, 2017 @ 6:58pm
d