mutakhir

Penganggur dijel sembilan bulan

Kuala Terengganu: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana menyimpan motosikal curi yang juga milik jirannya.

Keputusan itu dibuat Majistret Abdul Hayyi Salim selepas tertuduh, Mohd Faizul Bidin, 34, dari Kampung Sungai Derhaka mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana menyimpan harta curi.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat curang menyimpan harta curi iaitu sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC milik Mohd Badli Embong @ Hassan, 44, di depan sebuah rumah di Kampung Sungai Derhaka, jam 12.20 tengah malam pada 9 Jun lalu.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan L Rathna.

Mengikut fakta kes, pengadu meletakkan motosikal di depan rumahnya dalam keadaan baik pada 5 Mei tahun lalu dan mendapati motosikalnya tiada, jam 8 pagi keesokan harinya.

Disiarkan pada: June 14, 2017 @ 6:39am
d