mutakhir

Resipi 100 tahun

Oleh Garret Dawum

Kuala Lumpur: Resipi nasi dagang dan nasi kerabu moyangnya menjadikan gerai wanita ini tumpuan ramai di Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini.

Biarpun masih mengekalkan keaslian rasa dalam resipi kira-kira 100 tahun itu, pemiliknya, Siti Khadijah Sulaiman, 38, hanya menjual menu itu dengan harga RM6.50 hingga RM7 mengikut lauk yang dipilih pelanggan.

“Setiap hari saya akan bangun seawal jam 4 pagi untuk menyediakan hidangan itu sebelum berniaga di bazar Ramadan.

“Saya akan menggunakan 50 bungkus beras bagi penyediaan nasi dagang dan 70 bungkus untuk nasi kerabu. Semuanya saya masak sendiri dan dibantu oleh ibu,” katanya ketika ditemui di gerainya.

Siti Khadijah antara peniaga terbabit dalam program 5by20 di bawah inisiatif Komuniti Usahawan Coca-Cola (Coca-Cola KU).

“Bantuan dan latihan yang diberikan Coca-Cola KU memberikan idea kepada saya untuk lebih berdaya saing serta kreatif melalui jualan makanan berkualiti, penetapan harga dan pembungkusan menarik, sekali gus meningkatkan nilai jualan.” - Siti Khadijah

Disiarkan pada: June 14, 2017 @ 7:05am
d