mutakhir

Lepak, sahur di tepi pantai [METROTV]

Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli

Kuala Terengganu: Bersahur di tepi pantai sambil mendengar alunan muzik daripada pemuzik jalanan antara daya penarik utama Car Food Sahur (CFS) yang dianjurkan di tepi Pantai Batu Buruk, di sini, sejak 10 Ramadan lalu hingga 27 Ramadan depan.

Keunikan yang diketengahkan seperti bersila di atas tikar sambil menjamu juadah sahur yang dijual 19 peniaga juga membawa kelainan di CFS yang mula diadakan sejak Ramadan tahun lalu.

Penganjur CFS, Fakhrurazi Zaini, 25, berkata, peniaga mula berniaga dari jam 12 tengah malam sehingga 4 pagi dan makanan yang dijual termasuk nasi lemak, nasi minyak, mi goreng dan keropok lekor.

“Juadah lain seperti takoyaki, popia pisang dan kacang pool juga mendapat sambutan daripada pelanggan selain minuman istimewa seperti air buah dan bandung rambutan.

“Kehadiran pengunjung ke CFS bertambah sebanyak dua kali ganda kali ini berbanding Ramadan tahun lalu,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 14, 2017 @ 12:14pm
d