mutakhir

Yusof Taiyoob beri biasiswa RM400,000

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

SERAMAI 10 penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) yang kurang berkemampuan akan dipilih menerima biasiswa tajaan Yusof Taiyoob Sdn Bhd bernilai RM400,000.

Pada majlis di Masjid Al-Malik Khalid, USM petang ini, sumbangan disampaikan Pengarah Urusan Yusof Taiyoob Sdn Bhd Datuk Seri Yusof Taiyoob kepada Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Asma Ismail.

Majlis dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Dr Abdul Rahman Abbas. Hadir sama, Pro Canselor USM Tan Sri Dr M Jegathesan dan Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti USM Tan Sri Dr Zulkifli A Hassan.

Zulkifli berkata, pada program sama penyampaian zakat kepada penuntut asnaf turut diadakan selain majlis berbuka puasa bersama 2,000 penuntut serta ahli qariah.

"Pihak USM turut melahirkan rasa besar hati apabila Yusuf Taiyoob turut menyumbang zakat berjumlah RM400,000 kepada USM untuk diberi sebagai biasiswa kepada penuntut yang kurang berkemampuan," katanya.

Sementara itu, Yusuf berkata, sumbangan itu sebagai galakan untuk penuntut menimba ilmu selain mencapai cita-cita.

"Sumbangan ini akan diberikan setiap tahun kepada penuntut lain pula agar tidak merasa tersisih," katanya.

Disiarkan pada: June 14, 2017 @ 10:28pm
d