mutakhir

20 rumah dilanda banjir kilat

Oleh Ibrahim Isa

HUJAN lebat dan ribut menyebabkan 20 rumah di Jalan Lurah Utama, Jalan Permatang dan Jalan Denai Utama di Kempas, Johor Bahru, dinaiki banjir kilat manakala bumbung Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Mohamed Rahmat (TSMR) tercabut, 4.20 petang hari ini.

Sekteriat Agensi Pertahanan Awam (APM) berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 5.15 petang sepasukan APM Johor Bahru dikejarkan ke lokasi untuk memberikan bantuan.

"Apabila tiba, kami dapati air mulai surut dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

"Pada masa sama, pengurusan sekolah memindahkan semua murid ke kelas lain dan semua murid, guru serta kakitangan dalam keadaan selamat," katanya.

Menurutnya, tiada pusat pemindahan banjir dibuka kerana banjir sudah surut sepenuhnya.

Disiarkan pada: June 15, 2017 @ 8:22pm
d