mutakhir

10 rumah setinggan musnah

Oleh Fuad Hadinata Yaacob

SEPULUH rumah setinggan di Kampung Sungai Udang, Klang musnah dalam kebakaran kira-kira 6.30 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan 6.32 petang dan enam jentera bomba dikejarkan ke lokasi.

"Kebakaran membabitkan 10 rumah setinggan kelas B di Jalan Hassan, Kampung Sungai Udang.

"Seramai 33 anggota dan pegawai ditugaskan ke lokasi.

"Api berjaya dikawal jam 7.49 malam dan setakat ini belum dapat dipastikan sama ada mangsa terbabit atau tidak," katanya.

Menurutnya, lima balai bomba dan penyelamat terbabit dalam operasi berkenaan iaitu Kota Raja, Sungai Pinang, Pelabuhan Klang, Kapar dan Kota Anggerik.

Disiarkan pada: June 15, 2017 @ 8:46pm
d