mutakhir

Dibawa ke rumah waris pagi esok

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

JENAZAH Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, akan diterbangkan ke rumah waris masing-masing di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur dan Bandar Baru Jempol, Negeri Sembilan, pagi esok.

Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berkata, jenazah Yazmi akan diterbangkan dari Pangkalan Udara Kuantan ke Pangkalan Udara Subang menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk dibawa ke rumah warisnya di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

"Jenazah Mohd Hasri pula akan diterbangkan dari Pangkalan Udara Kuantan terus ke Bandar Baru Jempol, Negeri Sembilan.

"TUDM akan memastikan urusan kebajikan keluarga mangsa terbela.

"Pihak TUDM juga akan menubuhkan lembaga siasatan bagi menyiasat secara terperinci mengenai kemalangan ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian 11.30 pagi tadi, kedua-dua mangsa dilaporkan hilang selepas pesawat Hawk 108 dinaiki mereka terputus hubungan.

Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) menemui kedua-dua mangsa di Chukai, Kemaman, Terengganu pada 2.30 petang, hari ini.

Berita berkaitan

Perginya mereka di bulan mulia

Jumpa payung terjun

Kronologi Hawk 1996-2006

Pesawat TUDM terputus hubungan

Disiarkan pada: June 15, 2017 @ 9:54pm
d