mutakhir

Nafi kutip derma

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

AHLI Keluarga mangsa buli, T Nhaveen, 18, yang meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang menafikan mereka membuat kutipan derma seperti tular dalam WhatsApp malam ini.

Bapa saudara mendiang, R Thiyagarajan, 50, ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik HPP terkejut dengan penyebaran mesej berkenaan.

Beliau berkata, tiada kutipan derma dibuat untuk upacara pengebumian Nhaveen di Krematorium Batu Gantung mulai esok.

"Jasad mendiang akan dibawa ke sana untuk upacara keagamaan sebelum pengebumian dilakukan danorang ramai dijemput hadir memberi penghormatan terakhir.

"Saya kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu selain meminta agar orang ramai menghormati perasaan ahli keluarga yang masih bersedih dengan kematian mendiang," katanya.

Thiyagarajan berkata, pihaknya merayu keadilan sewajarnya di atas kejadian yang berlaku agar hukuman setimpal diambil terhadap mereka yang terbabit.

Beliau berkata, pihaknya menyerahkan segalanya kepada peguam untuk mengambil tindakan sewajarnya dan tidak terbabit dalam segala kutipan derma seperti disebarkan.

Disiarkan pada: June 16, 2017 @ 1:17am
d