mutakhir

Resipi 10 tahun

Oleh Siti Fatimah Nasir

Gombak: Resipi istimewa rendang kerang dan pajeri nanas yang dijual sejak 10 tahun lalu menjadikan gerai diusahakan Robaah Ismail, 50, di Bazar Ramadan Taman Melati, di sini, tidak putus-putus dikunjungi pelanggan sepanjang Ramadan ini.

Menurut Robaah, sejak kematian suami pada 10 tahun lalu, dia mula berkecimpung dalam dunia masakan disebabkan minat mendalam dalam bidang masakan Melayu.

“Semua hidangan yang dijual di gerai ini adalah hasil masakan sendiri dibantu dua anak, Nurullisa Nadxaman dan Mohd Royhaizad Nadxaman.

“Saya mengambil masa empat jam untuk menyediakan semua hidangan masakan Melayu termasuk rendang kerang dan pajeri nanas yang menjadi kegemaran ramai sehingga juadah itu habis sebelum jam 6.30 petang,” katanya ketika ditemui di bazar itu.

Robaah antara peniaga yang terbabit dalam program 5by20 di bawah inisiatif Komuniti Usahawan Coca-Cola (Coca-Cola KU).

“Sebagai pemilik gerai kecil, latihan Coca-Cola KU telah memberikan saya idea-idea untuk saya lebih kompetitif
daripada pesaing melalui
makanan berkualiti, penetapan harga dan pembungkusan
menarik.” - Robaah Ismail

Disiarkan pada: June 16, 2017 @ 8:56am
d