mutakhir

Tol percuma MEX

Oleh Mohd Husni Mohd Noor

MAJU Expressway Sdn Bhd, pengendali Lebuhraya Maju Expressway (MEX) menawarkan laluan tol percuma sempena sambutan Aidilfitri bermula 12.00 malam hingga 11.59 malam pada 25 Jun ini.

Tol percuma itu akan dinikmati oleh semua kelas pengguna lebuh raya dan dianggarkan lebih 86,000 kenderaan bakal melalui laluan berkenaan pada hari terbabit.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Maju Expressway Sdn Bhd berkata, ia adalah salah satu bentuk tanggungjawab sosial korporat syarikat kepada pengguna lebuh raya.

"Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai tol percuma dan laporan trafik boleh mengikut akaun MEXTraffic Twitter dan MEXTraffic Facebook atau hubungi kami di MEX Hotline di 03-83159111 untuk maklumat lanjut," katanya.

Disiarkan pada: June 16, 2017 @ 10:22am
d