mutakhir

Mahu keadilan sewajarnya

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

SUASANA di pekarangan Krematorium Batu Gantung, Georgetown, kecoh seketika apabila sebahagian ahli keluarga dan rakan kepada mangsa buli dan liwat, T Nhaveen, 18, yang meninggal dunia semalam, menjerit menuntut keadilan sewajarnya.

Dalam kejadian 1.20 tengah hari itu, beberapa ahli keluarga tidak dapat mengawal emosi selepas kematian mendiang pada 6 petang semalam di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Harian Metro mendapati orang ramai termasuk ahli keluarga mendiang serta kepemimpinan kerajaan negeri termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hadir memberikan penghormatan terakhir.

Turut hadir, Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Dalam kejadian 2.10 pagi Sabtu lalu, dua remaja lelaki berusia 18 dan 19 tahun dibuli dan dipukul sekumpulan remaja lelaki dikenali mereka ketika membeli burger.

Berikutan itu, Nhaveen koma sebelum meninggal dunia di HPP petang semalam.

Disiarkan pada: June 16, 2017 @ 3:43pm
d