mutakhir

Jasad mangsa buli disempurnakan petang ini [METROTV]

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

JASAD mangsa buli dan pukul, T Nhaveen, 18, disemadikan di Krematorium Batu Gantung, Georgetown selepas dibakar jam 3.30 petang ini.

Nhaveen disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pulau Pinang (HPP) jam 6 petang semalam sebelum mayat dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, HPP untuk bedah siasat.

Mayat mendiang kemudian dibawa ke Krematorium Batu Gantung selepas bedah siasat dilakukan jam 1 pagi.

Suasana di Kreamatorium Batu Gantung dipenuhi kira-kira 1,000 orang termasuk ahli keluarga dan rakan serta kenalan rapat seawal jam 7 pagi.

Dalam kejadian jam 2.10 pagi Sabtu lalu, dua remaja lelaki berusia 18 dan 19 tahun dibuli dan dipukul sekumpulan remaja lelaki dikenali mereka ketika membeli burger.

Berikutan itu, Nhaveen koma sebelum meninggal dunia di Hospital HPP petang semalam.

Disiarkan pada: June 16, 2017 @ 5:12pm
d