mutakhir

Berkorban demi nyawa orang lain

Oleh Siti Fatimah Hassan

PEMANDU bot dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan dua penumpang yang menaiki bot tiub di Tasik Putrajaya, Presint 4, di Putrajaya, tengah hari ini.

Bot berkenaan dikatakan terbalik sebelum mangsa, Muhammad Fauzi Bagumbayan, 29, cuba menyelamatkan mereka, pada kejadian 12.45 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dilakukan dengan kekuatan 50 anggota.

“Penumpang yang cuba diselamatkan itu kemudiannya berenang ke tebing,” katanya.

Disiarkan pada: June 17, 2017 @ 4:44pm
d