mutakhir

Lemas di Kampung Lubuk Kiab

Oleh Omar Osman

LELAKI lemas selepas terjatuh ketika meniti menyeberangi sungai untuk menyelenggarakan pam penyedut pasir di Kampung Lubuk Kiab, Padang Serai, Sungai Petani, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Nur Hafizah Muhammad Lukman, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada 11.56 pagi.

Menurutnya, dua pegawai dan lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani dan Kulim dibantu enam Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Petani terbabit dalam operasi.

“Selaman pertama oleh dua penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di lokasi mangsa dipercayai terjatuh menemuinya pada 3.50 petang,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa, Mohd Shafik Mohd Fadhil, 32, kemudian dibawa naik ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Dia dipercayai terjatuh ketika meniti atas paip untuk menyeberang ke arah pam itu,” katanya.

Disiarkan pada: June 17, 2017 @ 5:35pm
d