mutakhir

Hasrat bertemu idola terlaksana

Oleh Asmah Rusman

Kuala Lumpur: Hasrat pesakit kanak-kanak, Zarif Naufal, empat tahun bertemu dengan idola animasinya, Ejen Ali akhirnya terlaksana apabila menerima kunjungan maskot animasi berkenaan.

Lawatan Ejen Ali ke Wad Pediatrik dan Kanser, Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu bersempena program Make A Difference (MAD) Day dalam usaha menggembirakan pesakit kanak-kanak itu.

Ibu Zharif, Siti Aishah berkata, dia terharu dengan kehadiran pihak WAU Animasi dan Media Prima ke HKL bagi menunaikan hasrat anaknya.

Zharif adalah penghidap penyakit Lung Chronic sejak berusia sembilan bulan lagi dan sedang menjalani rawatan khusus di HKL.

Dalam lawatan itu, Ejen Ali ditemani karakter adiwira lain termasuk Captain America, Ironman dan
Queen Elsa dari Frozen.

Disiarkan pada: June 18, 2017 @ 5:35am
d