mutakhir

[UPDATE] Ops cari diteruskan [METROTV]

Oleh Mohd Hasbi Sidek

JABATAN Bomba dan Penyelamat sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat Taufik Alias, 23, yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan dekat Dusun Tua, Hulu Langat, semalam.

Operasi bermula 10 pagi tadi dan membabitkan beberapa agensi lain seperti polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, operasi dijalankan sejak malam tadi dan disambung pagi ini selepas mangsa gagal dicari.

"Mangsa dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan dekat Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua bersama motosikal yang ditunggang.

"Mengikut kepada pergerakan arus mangsa mungkin di hanyutkan ke Sungai Serai," katanya.

Sementara itu, tebing sungai di Kampung Sungai Michu, Jalan Hulu Langat, Batu 13, runtuh kira-kira 8 pagi tadi akibat banjir dan arus deras dalam kejadian banjir semalam.

"Runtuhan berlaku kira-kira 1 meter daripada rumah penduduk, namun tiada mangsa dilaporkan cedera.

"Pihak bomba masih menjalankan pemantauan di lokasi kejadian.

Berita berkaitan

'Tebing, tebing, tebing...tebing bang!...'

17 lokasi naik air di Hulu Langat

Sampai pinggang di Hulu Langat

Disiarkan pada: June 18, 2017 @ 11:52am
d