mutakhir

Dah jumpa bangkai MT Puteri Sea

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

KAPAL membawa muatan minyak mentah MT Puteri Sea yang dipercayai meletup dan terbakar sebelum karam di barat daya Tanjung Pengelih, Pengerang, 15 Jun lalu, ditemui kira-kira 3 petang, hari ini.

Kapal sepanjang 46.3 meter itu ditemui melalui penggunaan sonar KD Perantau.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin melalui akaun Twitter rasminya mengumumkan penemuan berkenaan.

Beliau mengucapkan tahniah kepada KD Perantau yang berjaya mengesan kapal yang hilang sejak tiga hari lalu.

"Tahniah @KD Perantau berjaya mengesan kapal MT Putri Sea guna solar multi-beam," katanya melalui akaun Chief of Navy-PTL.

Kapal MT Puteri Sea dipercayai membawa muatan minyak mentah dan didaftarkan di Pelabuhan Malabo, Equatorial Guiniea.

Ketika kejadian, kapal berkenaan membawa enam anak kapal, semuanya warga Indonesia berusia 28 hingga 39 tahun dan masih dikategorikan sebagai hilang.

Disiarkan pada: June 18, 2017 @ 5:00pm
d