mutakhir

Serangan balas dendam? [UPDATE]

Oleh The Sun

KEJADIAN sebuah van merempuh umat Islam yang baru selesai menunaikan solat terawih di masjid Finsbury Park, London, tengah malam tadi, dipercayai bermotifkan balas dendam.

The Sun melaporkan, dalam kejadian 12.20 tengah malam itu, seramai 12 individu cedera dalam kejadian itu.

Polis turut mengesahkan beberapa mangsa cedera dan seorang lelaki ditahan.

Saksi mendakwa melihat van putih meluru di sepanjang kaki lima dan melanggar pejalan kaki yang baru selesai solat.

Pengerusi masjid Finsbury Park, Mohammed Kozbar menyifatkan kejadian itu sebagai serangan pengganas.

“Mereka yang melakukan perkara ini, dia melakukannya untuk menyakiti orang dan ia adalah serangan pengganas.

“Ia serangan pengganas yang sama seperti di Manchester, Westminster dan London Bridge,” katanya.

Disiarkan pada: June 19, 2017 @ 9:44am
d