mutakhir

Lelaki maki-hamun RELA dapat 'balasan'

Oleh Nadzreen Shah Mat Salim

Kajang: Dimaki-hamun dengan pelbagai kata-kata nista. Itu nasib menimpa anggota wanita Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ketika bertugas mengawal lalu lintas di kawasan beli-belah Downtown Reko, di sini.

Video kejadian berdurasi tiga minit itu dirakam seorang pengunjung kawasan itu sebelum menjadi tular di laman sosial Facebook, jam 12 tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, seorang lelaki yang juga pemandu sebuah kenderaan enggan akur arahan anggota RELA terbabit yang memaklumkan jalan di kawasan itu ditutup dan tidak boleh dilalui.

Pemandu itu bagaimanapun mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota RELA itu sebelum berdegil memandu memasuki kawasan itu tanpa mengendahkan arahan mangsa.

Ketegangan berlaku apabila orang ramai yang memenuhi kawasan itu bertindak mengepung kenderaan lelaki terbabit.

Keadaan menjadi tidak terkawal apabila pemandu terbabit dipukul beberapa individu di kawasan itu namun anggota RELA yang bertugas bertindak meleraikan pergaduhan.

Disiarkan pada: June 19, 2017 @ 9:54am
d