mutakhir

Seorang terbunuh [UPDATE]

Oleh Agensi

SEORANG terbunuh dan lapan cedera dalam kejadian serangan terhadap jemaah masjid Finsbury Park, London, tengah malam tadi.

Ketua Majlis Muslim Britain (MCB), Harun Khan berkata, van itu sengaja merempuh orang ramai yang meninggalkan masjid selepas solat Tarawih.

Perdana Menteri Theresa May mengecam kejadian itu manakala pemimpin pembangkang dari Parti Buruh, Jeremy Corbyn berkata, dia sudah berhubung dengan pihak masjid serta polis mengenai kejadian itu.

Menurut polis, pemandu van berusia 48 tahun ditahan untuk disoal siasat.

Polis turut menyangkal khabar angin mengenai beberapa orang cedera akibat serangan pisau.

Disiarkan pada: June 19, 2017 @ 12:50pm
d