mutakhir

'Kenapo ekau begasak?' [METROTV]

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

POLIS akan menyiasat rakaman video pergaduhan dua pelajar lelaki yang didakwa berlaku di sekolah menengah di Mantin, Nilai, yang tular di Facebook, sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Zaldino Zaludin, berkata pihaknya tidak menerima laporan mengenai kejadian itu.

Bagaimanapun, katanya, siasatan lanjut akan dijalankan termasuk mengenal pasti kesahihan dakwaan kejadian itu.

“Polis akan berhubung dengan pihak sekolah untuk mengetahui kesahihan dan mendapatkan identiti pelajar terbabit," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Rakaman video berdurasi satu minit 15 saat itu menunjukkan dua remaja lelaki bergaduh manakala kira-kira 10 pelajar berpakaian seragam sekolah bersorak menyaksikan pergaduhan itu.

Disiarkan pada: June 20, 2017 @ 2:15pm
d