mutakhir

Santai media Kelantan dengan Tok Pa

Oleh Muhamaad Razis Ismail

SERAMAI 75 pengamal media di Kelantan menyertai program makan colek bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed di Hotel Sutera Inn, Kota Bharu, malam semalam.

Program selama kira-kira dua jam itu turut diisi dengan sesi dialog antara media dengan Mustapa berhubungpolitik dan isu semasa di negara ini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam ucapannya berkata, program secara santai ini diadakan pada setiap tahun untuk bertemu lebih dekat dengan pihak media di negeri ini.

“€œDalam program ini, kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan pada masa yang sama kita dapat berkongsi pandangan.

“€œPada masa yang sama kita menghargai jasa media yang memainkan peranan cukup penting dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat” katanya.

Hadir sama, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Hanafi Mamat, PengarahJabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan Yahya Mamat dan Presiden Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) Mohd Zailani Abd Rahman.

Disiarkan pada: June 21, 2017 @ 12:52am
d