mutakhir

Maut terjatuh dari tingkat lima

Oleh Alif Amal Azahari

LELAKI berusia 24 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tempat meletak kenderaan di tingkat lima pusat beli-belah Viva City di Jalan Tabuan, Kuching, 2.05 petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Awangku Mutalib Awang Nusi dari Kampung Tabuan Lot, Kuching.

Menurutnya, laporan kejadian diterima di Balai Polis Sekama, Kuching selepas seorang pengawal keselamatan di pusat beli-belah berkenaan menemui mayat mangsa.

“€œPunca lelaki itu terjatuh masih dalam siasatan, namun kami dapati tiada unsur jenayah di lokasi kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“€œPasukan paramedik mengesahkan mangsa patah di bahagian pinggang, tangan dan kaki. Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,”€ katanya ketika dihubuidi.

Katanya, mayat mangsa juga sudah dihantar ke Hospital Umum Sarawak, Kuching untuk tindakan lanjut.

Disiarkan pada: June 22, 2017 @ 6:41pm
d