mutakhir

Permudah tugas drebar bas

Kuantan: “Alhamdulillah, pemberian pek berbuka puasa ini dapat memudahkan pemandu bas bertugas yang mana mereka tidak sempat berbuka di luar dan hanya mampu berbuka dalam bas,” kata Ketua
Operasi Bas RapidKuantan, Zamri Mamat.

Katanya, sumbangan pek berbuka puasa itu adalah yang pertama diterima pihaknya
pada Ramadan ini.

“Bagaimanapun, ada juga pemandu yang mengambil masa beberapa minit berbuka puasa selepas mendapat keizinan penumpang yang memahami tugas mereka yang perlu memandu bas setiap masa,” katanya selepas menerima 92 pek berbuka puasa #HMKotakRezeki2017 daripada Ketua Biro Harian Metro Pahang, Mohd Fauzi Abdullah untuk diagihkan kepada pemandu bas RapidKuantan, di sini, semalam.

Mengulas mengenai operasi membabitkan bas RapidKuantan sempena Aidfilfitri ini, Zamri berkata, pihaknya akan beroperasi dari jam 10 pagi pada hari raya pertama manakala beroperasi seperti biasa pada hari raya kedua iaitu bermula jam 6.30 pagi.

Menurutnya, seramai 138 pemandu berkhidmat dengan RapidKuantan membabitkan 80 bas yang beroperasi setiap hari.

Sementara itu, Naib Yang Di Pertua Persatuan Pemandu-Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Pahang Timur Mat Yasin Talib, turut menzahirkan ucapan syukur dan terima kasih kepada Harian Metro atas sumbangan kotak rezeki berkenaan.

Disiarkan pada: June 23, 2017 @ 7:26am
d