mutakhir

Gabung dua resipi

Oleh Norazimah Narudin

Johor Bahru: Seorang peniaga sate tidak menyangka idea membuat ayam panggang tempayan mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung Bazar Ramadan Kampung Melayu Majidee di sini.

Pengurus Ayam Tempayan Al-Mizan, Syarifuddin Misjan@Mizan, 31, berkata ideanya yang pada mulanya hanya suka-suka mendapat sambutan di luar jangkaan daripada pelanggan.

Bermula sebagai pengusaha kedai makan dan sate selama, 10 tahun di sini, Syarifuddin mengambil langkah berani mencuba menghasilkan ayam tempayan Al-Mizan menggabungkan resipi ayam bakar dan golek.

“Saya mengusahakan kedai makan dan sate pada hari biasa namun kadang-kadang ada jual ayam bakar juga apabila ada permintaan daripada pelanggan yang datang.

“Dari situ saya terfikir untuk membuat ayam bakar di bazar Ramadan.

“Ayam bakar berkenaan menjadi ayam tempayan apabila saya terfikir untuk membuat kelainan iaitu menggabungkan dua jenis masakan ayam iaitu kombinasi ayam bakar dan ayam golek pada masa sama,” menurut bapa kepada tiga orang anak itu.

Jangan lupa untuk melengkapkan iftar anda dengan segelas Coca-Cola.

Disiarkan pada: June 24, 2017 @ 8:51am
d