mutakhir

Bertabahlah, bersabarlah...

Oleh Norizuan Shamsuddin

 

norizuan@hmetro.com.my

ALIRAN trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan masih sesak, sehingga 9.40 pagi hari ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata, aliran trafik ke utara di Lebuhraya Utara-Selatan sesak dari Terowong Menora ke Sungai Perak dan dari Slim River ke Sungkai.

Katanya, trafik turut perlahan dari Gopeng ke Simpang Pulai berikutan kemalangan di Kilometer 291.1, jpada 9.28 pagi.

"Aliran trafik menghala ke Lebuhraya Pantai Timur turut dilaporkan sesak bermula sebelum Plaza Tol Gombak.

"Aliran trafik menghala ke selatan pula perlahan sebelum hentian Rehat dan Rawat Seremban menghalake Seremban," katanya.

 

Disiarkan pada: June 24, 2017 @ 11:19am
d