mutakhir

LPT 2 lancar, nak sampai Karak 'masak'

Oleh Zaid Salim

ALIRAN trafik di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) pada tengah dan petang ini lancar dan tidak berlaku kesesakan di susur keluar tol di lebuh raya berkenaan.

Tinjauan Harian Metro di Plaza Tol Ajil Hulu Terengganu sehingga jam 12 tengah hari tadi mendapati keadaan di plaza tol berkenaan lengang dan tidak banyak kenderaan dilihat berada di lebuh raya berkenaan.

Sany Faizal Saidon, 30, berkata, dia tidak menyangka pergerakan trafik semakin lengang apabila memasuki LPT2.

Katanya yang berasal dari Shah Alam, Selangor dan dalam perjalanan ke rumah datuknya di Kuala Terengganu, ia berbeza dengan trafik di kawasan Gombak menuju ke Plaza Tol Karak yang sesak teruk

"Saya bertolak dari Shah Alam kira-kira 6 pagi tadi dan mengambil masa hampir tiga jam untuk sampai ke Plaza Tol Karak," katanya ketika ditemui di Plaza Tol Ajil.

Bagaimanapun, kesesakan dijangka berlaku pada hari raya ketiga berikutan orang ramai yang pulang berhari raya di kampung kembali ke destinasi masing-masing untuk memulakan tugas.

Dalam pada itu, tinjauan di susur keluar Plaza Tol Telemong jam 3 petang ini mendapati keadaan di plaza tol berkenaan juga lengang.

Disiarkan pada: June 24, 2017 @ 5:18pm
d